Kejohanan Bolasepak 7 sebelah Piala Perpaduan 12TKB
Baru-baru ini pasukan bolasepak SK Balik Pulau telah menyertai Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah Piala Perpaduan yang berlangsung di SMK Penang Free . Dalam kejohanan ini pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan iaitu SKBP A & SKBP B.
Seramai 20 orang pemain yang telah dipilih oleh jurulatih Cikgu Ramulu untuk mewakili kejohanan kali ini. Penyertaan dalam kejohanan seperti ini menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Penyertaan 1 Murid 1 Sukan.Turut mengiringi bersama Cikgu Ramulu dalam kejohanan ini ialah Cikgu Zakry, Cikgu Adzrul & Cikgu Firdaus
Penyertaan murid Sk Balik Pulau dalam kejohahanan ini juga sedikit sebanyak memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dalam pertandingan sukan peringkat sekolah. Tahniah & syabas kepada pasukan sekolah SKBP.










No comments:
Post a Comment