Alhamdulillah Hari Orientasi
Murid Tahun 1 sesi 2015 telah selamat diadakan dengan kerjasama semua guru,
para waris dan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Balik Pulau pada 3 Januari
2015 yang lalu.
Diharapkan murid-murid Tahun 1
dapat menyesuaikan diri dan menikmati suasana persekolahan yang baru dan
menjadi suatu pengalaman menyeronokkan
di
sekolah ini.
Apa yang penting adalah mereka
diberi peluang dan ruang yang sama rata agar kebolehan dan keupayaan mereka dan
digilap dan diperkembangkan lagi melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Semuanya
boleh dilakukan jika semua mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
“ Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat “
Semoga SKBP akan terus
cemerlang,
gemilang dan terbilang di masa
hadapan.

No comments:
Post a Comment